20091110

tadi sama dengan esok lusa

tadi pagi..
aku bangun, gosok gigi, cuci muka
singgah dapur
atas meja ada nasi goreng
air kopi dan teh'o
jadi aku pilih teh'o
sebab teh'o tak sepahit kopi
aku kunyah perlahan-lahan
basuh tangan basuh cawan basuh pinggan


tadi tengahari..
selepas mandi, berjalan ke bilik
turn on komputer turn on internet
membalas segala testimonial
membalas segala komen-komen
membalas segala sudu garfu
dan membalas terus membalas


tadi petang..
aku menonton
cerita melayu
cerita cina
cerita tamil
cerita indo
segalanya ada
bak kata pakcik tua astro
macam macam ada
aku nonton lagi lagi dan lagi


tadi senja..
aku menyambut bonda
baru pulang dari menoreh
walaupun beliau penat letih dan lelah
namun beliau tetap senyum selebar lebar setelah
melihat anak perempuan nya di muka pintu (",) huehue
dia lah bonda dan dia lah ayahanda
aku sayang kau,mother!


tadi malam..
sekali lagi aku bersama encik komputer
sekali lagi aku membalas dan membalas pesanan
tapi kali ini aku ada membuat kerja sampingan
kerja sampingan yang tidak boleh ku kongsi bersama
kerana hanya aku dan dia




notes: baru aku perasan, rutin harian aku sama saja tiap tiap hari wth? pffftt

1 comment:

pye:rudz said...

nama pun rutin, memang sama je lah tiap-tiap hari. kan? eheh. ;)